j-QAF






Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
* Menguasai bacaan dan tulisan jawi
* Khatam al-Quran
* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
Program j-QAF meliputi model-model berikut iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:
a. model Kelas Pemulihan Jawi;
b. model Tasmik;
c. model 6 bulan Khatam al-Quran;
d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;
e. model Bestari Solat (kokurikulum).

Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut;
a. Kem Bina Juara;
b. Kem Literasi al-Quran;
c. Kem Bestari Solat ,  dan
e. Persatuan Bahasa Arab.





Dikemaskini oleh:  Puan Sahlinda Binti Mahamed Husin, Guru j-QAF SK. Sungai Buaya, Banting@2012

No comments:

Post a Comment