PPDa

PELANCARAN MINGGU PPDa 2019 

Pelancaran Minggu PPDa 2019 telah dilaksanakan pada 22 April 2019 oleh Pegawai Serata Sekolah, Sarjan A. Hamid Bin Md Ehsan. Minggu PPDa berlangsung selama seminggu dari 22 April hingga 26 April 2019. Pada majlis ini, pelancaran Tabung PPDa dan juga Pelantikan Skuad PPDa. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid dan orang ramai terhadap bahaya D.A.R.V.I.H. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Senam Sihat oleh Guru Pendidikan Jasmani, Pameran oleh Pihak AADK Kuala Langat dan juga diadakan Eksplorasi Jejak Maklumat PPDa jaringan dan jalinan antara sekolah yang terlibat iaitu SK Bandar dan SJKC Tiong Nam.





EXPLORACE JEJAK MAKLUMAT PPDa 2019

Explorace Jejak Maklumat PPDa 2019 telah diadakan pada 13 Julai 2019 bersamaan Hari Sabtu bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. Acara bermula sebaik sahaja peserta dilepaskan oleh YB. Dr Rosdi Bin Meor Endut, Ahli Majlis Daerah Kuala Langat Zon 16 bersama dengan Ketua Kampung Sungai Buaya merangkap Pengerusi MPKK Sungai Buaya, En Mohd Adib Bin Mortan. Peserta seramai 60 orang dikalangan warga SKSB mengambil bahagian. Terdapat 8 stesen yang perlu dilaksanakan setiap tugasan. Antara stesen yang terlibat ialah Mc Donalds Banting, Dataran Banting, Ros Kerepek Banting, Rumah Anak Yatim Kampung Aman, Jejantas Kachong Darat, Pantai Kelanang dan berakhir di Pantai Morib. Perasmian penutupan oleh Puan Nurul Nadia Binti Abdullah, Penolong Pegawai AADK Kuala Langat bersama dengan En Hairudin Jamil, Pegawai PPD Kuala Langat.










Dikemaskini oleh:  En. Abdul Hafiz bin Abdul Rahman, Guru PPDa SK. Sungai Buaya, Banting@2019

No comments:

Post a Comment