Thursday 21 June 2012

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA
   Pada tahun 1938 penjajah british telah membuka Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya yang pertama. Tapak bangunan asal sekolah adalah berhampiran dengan sungai. Bilangan muridnya seramai 30 orang dan guru seramai 3 orang.
   Kedudukan sekolah itu tidak sesuai kerana kerap dilimpahi air sungai yang berhampiran. Masalah murid datang ke sekolah jauh dari penempatan dan bahaya hakisan sungai.
   Bangunan sekolah berpindah ke tapak yang baharu dan kekal hingga sekarang. Ia terletak kira-kira 1.5 kilometer dari sekolah asal. Sekolah ini dibina pada tahun 1940. Tapak sekolah seluas 4 ekar 3 rod 36 pole, dibeli oleh kerajaan daripada Tuan Haji Ishak. Semenjak sekolah ini dibuka bilangan murid bertambah dan terud dinamakan Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. 


PERKEMBANGAN SEKOLAH
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya telah mengalami 3 zaman pemerintahan:
        - Penjajahan British
        - Pemerintahan Jepun
        - Selepas kemerdekaan
  • Bangunan sekolah kini ketika dibuka muridnya seramai 70 orang. Mempunyai 3 bilik darjah dan 4 orang tenaga pengajar pengajar termasuk Guru Besar.
  • Kemudahan ketika itu tidak lengkap. Murid duduk di atas lantai ketika belajar dan menggunakan papan hitam batu.
  • Pada tahun 1970an, sekolah mendapat dua buah bangunan tambahan. Bilik-bilik khas mula diwujudkan.
  • Blok A Bangunan 2 tingkat, ditingkat bawah terdapat 5 buah bilik, 4 bilik sebagai bilik darjah dan 1 bilik dijadikan pentas dewan.
  • Blok C pula bangunan 1 tingkat mengadungi bilik mesyuarat dan bilik peperiksaan. Blok D pula ialah bangunan kantin.
  • Pada tahun 1986, sebuah bangunan 1 tingkat dibina secara bergotong royong oleh penduduk kampung.
  • Ia menempatkan 2 bilik darjah. Kemudian ditambah lagi 2 bilik darjah bagi menempatkan bilik kemahiran hidup.
  • Setiap tahun jumlah murid sentiasa bertambah. Pada tahun 1995, bangunan blok tandas murid pula dibina. ia memuatkan 6 buah tandas bagi murid lelaki dan perempuan.
  • Pada tahun 1999, satu bangunan 2 tingkat pula dibina di blok F. ketika itu ia menempatkan bilik darjah dan makmal sains.


PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHUN 2000 HINGGA 2011
  Selaras dengan kehendak perkembangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menitikberatkan pendidikan sekolah wajib bermula 6 tahun maka wujudnya pra sekolah di sekolah-sekolah kebangsaan.
   Pada tahun 2003 sebuah  ilik darjah diubahsuai menjadi pra sekolah yang pertama di sekolah ini. Pra sekolah ini dinamakan Pra Sekolah Intan dengan menerima pelajar seramai 25 orang.
   Pada tahun 2009, Sebuah lagi bangunan pra sekolah didirikan. Pra sekolah ini dinamakan Pra SekolahPermata.Pada tahun 2009 juga bangunan yang dibina secara gotong royong telah dirobohkan kerana sangat uzur.
   Bagi mengantikan bangunan yang dirobohkan, SK Sungai  Buaya telah mendapat 2 buah bangunan. Sebuah bangunan 3 tingkat memuatkan 5 buah bilik darjah, bilik kesihatan, surau j-QAF, makmal sains, bilik kemahiran hidup dan bilik kaunseling. Manakla bangunan 2 tingkat memuatkan bilik guru, pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat dan pusat sumber sekolah.
   Bangunan dibina pada tahun 2009 dan siap pada 2010. Majlis penyerahan bangunan diadakan pada 29 Oktober 2010. Hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah pihak kontraktor seramai 3 orang, pihak JKR seramai 7 orang, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar dan beberapa orang guru SK. Sungai Buaya.

PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah   : Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya
Alamat Sekolah : 42700 Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Dun                  : Morib
Status Sekolah  : Terbuka
PPD                  : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Jabatan            : Jabatan Pelajaran Selangor
Kategori           : Luar Bandar
Gred Sekolah    : A
Peringkat         : Sekolah Rendah
PKG                  : PKG Kanchong Darat
Jenis                : Bantuan Penuh
Keluasan           : 4.5 Ekar
Kemudahan       : Pusat Sumber, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan & Kaunseling, 
                          Bilik Darjah, Kuaters guru, Pra sekolah, Makmal komputer
                          Makmal sains, Surau, Bilik j-QAF, Padang serta Gelanggang.

VISI SK. SUNGAI BUAYA
Sekolah unggul menjana generasi terbilang


MISI SK. SUNGAI BUAYA
Diwujudkan untuk melaksanakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


MOTTO SK. SUNGAI BUAYA
' ILMU DISEMAI BAKTI DITUAI '

Membawa maksud segala ilmu yang murid perolehi menolong menjadi insan yang dapat memberi sumbangan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Untuk membolehkan murid-murid :
  • Mencapai sebaik-baik prestasi dalam keputusan-keputusan ujian, peperiksaan yang dikelolakan oleh sekolah, PPD, JPS dan KPM.
  • Menjadi sekolah sebagai sebuah institusi pengajian yang digemari oleh murid-murid dan guru.
  • Menyampaikan semangat kebangsaan yang tulin dan menyedarkan betapa pentingnya nilai ilmu, rohani dan jasmani untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
  • Menjadikan KBSR sebagai satu kemahiran kepada murid-murid dan guru bertangungjawab menyampaikan pelajaran, membasmi buta huruf, meningkat kemahiran 3M dan KBKK. 
  • Murid boleh bertututr, membaca dan menulis dalam bahasa inggeris sebagai bahasa kedua.
  • Melahirkan pelajar berdisiplin dan berakhlak mulia.
  • Menaikkan nama sekolah melalui kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dan masyarakat setempat.

ETIKA KERJA
  1. Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, visi, misi dan objektif sekolah.
  2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, PPD, Jabatan dan Kementrian.
  3. Mementingkan kualiti dan kesan pendidikan.
  4. Mengamalkan kerja dengan bersih, cekap dan amanah.
  5. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
  6. Sentiasa meminpin dan menilai diri sendiri.
  7. Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.
  8. Kerja adalah ibadat. 
  
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memastikan setiap pihak yang berurusan dengan sekolah sentiasa mendapat maklumat yang terkini berkaitan dengan perkembangan sekolah.
  2. Menjanjikan perkhidmatan yang mesra, cekap dan beretika.
  3. Memberi peluang yang sama dan adil kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi diri.
  4. Mewujudkan iklim sekolah yang selesa, ceria dan semangat kekeluargaan yang tinggi dikalangan warga sekolah.

LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA (SKSB)


Lencana sekolah SKSB mempunyai tiga warna iaitu putih, kuning dan hijau.

PENGERTIAN WARNA

WARNA 'PUTIH'     -Warna putih melambangkan murid yang suci bersih bersedia menerima
                            ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. 
WARNA 'KUNING'   -Warna kuning melambangkan nilai-nilai moral suci murni yang perlu
                            dipupuk supaya murid kelak menjadi insan yang berbudi pekerti mulia.
WARNA 'HIJAU'     -Warna hijau melambangkan perasaan cemburu dan semangat bertanding
                            ke arah pencapaian tinggi yang sentiasa subur.


LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BUAYA

Bergerak maju azam kita
Melangkah cergas ke hadapan
Terus mara bersama-sama
Maju menuju kejayaan
Mari rakan membina negara
Harapan pemimpin kita
Jauhkan bencana, kekal kedamaian
Bina negara jaya (2x)
Ilmu disemai bakti dituai
Lambang sekolah kita
Tegak megah mencapai angkasa
Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya